Bunga Dandelion

by Hana Mardhiyah

Bunga dandelion berasal daripada rumput ataupun tumbuhan herba yang mudah tumbuh dipermukaan tanah. Sesetengah orang melihat pokok bunga ini sebagai rumput biasa, tetapi ada juga yang memberi penilaian yang tinggi apabila pokok dendelion boleh memberikan manfaat kepada manusia.

1. Mudah Membiak

Pokok bunga dandelion membiak melalui angin. Biji benih akan tersebar apabila ditiup angin. Apabila sampai di kawasan yang tidak ada angin, maka biji benih bunga dandelion akan berhenti dan mula tumbuh di situ.

2. Pokok yang Tahan Lasak

Bunga dandelion biasanya mudah dijumpai di kawasan lapang seperti padang, kebun dan lain-lain. Pokok bunga dandelion juga tahan lasak dan boleh bertahan dengan suhu yang agak panas atau sejuk. Keadaan ini menyebabkan pokok bunga dandelion tahan lama dan tidak rosak.

3. Bunga yang Cantik

Pokok dandelion mempunyai bunga yang cantik. Bunganya dikenali sebagai bunga dandelion. Disebabkan kecantikan bunga ini, maka terhasillah bunga dandelion tiruan (artificial flower). Penerimaan bunga ini sangat memberansangkan sebagai bunga hiasan kerana boleh menyerikan lagi ruangan rumah atau pejabat.

Bunga dandelion merupakan bunga biasa tetapi sangat cantik dipandangan mata. Bunga dandelion tidak bersaing sesama mereka untuk kelihatan cantik. Bila tiba masa dan waktu, bunga dandelion akan mekar dan bercambah ditempat lain untuk memperlihatkan kecantikannya.

Related Posts

1 comment

bestbeast January 26, 2023 - 3:11 pm

Bunga Dandelion dah mula muncul di Cameron Highland…

Reply

Leave a Comment