Ayam Black Pepper

by admin

Resepi ayam black papper ini sesuai untuk semua peringkat umur. Di sini saya akan kongsikan ayam black pepper versi sihat.

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam (anggaran dalam 600-700 gram) Potong kecil ataupun potong 4 bahagian *
  • Serbuk lada hitam kasar (kuantiti ikut citarasa anda)*
  • Kicap masin 2 sudu besar *
  • Sos tiram 1 sudu besar *
  • Garam *
  • Minyak 2 sudu besar *
  • Bawang putih 3 ulas (ketuk-ketuk manja ja) *
  • 3 cawan air *
  • 1 tangkai cili besar (potong nipis)
  • Daun sup (potong anggaran jarak 1 inci)

Cara Masak

  • Panaskan kuali dan masukkan semua bahan yang bertanda * ke dalam kuali. Kacau-kacau dan tutup kuali dengan penutupnya.
  • Apabila air dah kering dan ayam dah masak tutup api.
  • Masukkan cili besar dan daun sup dan kacau.

Mudah ja resepi ni. Semuanya campak-campak ja dalam kuali tapi yang pasti sedap. Tak percaya try la buat, hehehe. Selamat menjamu selera versi sihat dan mudah.

Related Posts