Bakwan adalah kuih / makanan ringan yang popular di Indonesia. Untuk membuat versi yang lebih sehat, anda dapat mencuba resepi bakwan kami dengan hanya menggantikan beberapa bahan sahaja. Yang penting Free-Gluten. Berikut adalah resepi bakwan sayur versi keto dari kami:
Bahan-bahan:
- 1 senduk tepung badam
- 1 biji bawang besar ( dihiris nipis-nipis)
- 1 biji telur
- 3 helai kelopak kubis (dihiris nipis-nipis)
- Garam secukup rasa
Cara membuat:
- Panaskan minyak di dalam kuali (api perlahan).
- Dalam mangkuk besar, campurkan kubis, bawang, garam, tepung badam dan telur.
- Gaul sehingga rata dan sebati menggunakan sudu. Jika adunan agak kental dan pekat letakkan sedikit air (adjust sehingga kelihatan seperti adunan jemput-jemput sebelum digoreng).
- Bila minyak sudah panas, anda boleh menggorengnya. (nak mudah guna sudu, masukkan ke dalam minyak. Ulang proses ini sehingga adunan habis.
Sentiasa pastikan keadaan api yang digunakan dalam keadaan kecil atau sedarhana panas sahaja. Tepung badam lebih mudah hangit berbanding tepung gandum ataupun tepung beras.
Tak perlu balik-balikkan bakwan ini selalu, nanti bakwan yang digoreng akan hancur. Kalau boleh, anda hanya perlu balikkan sekali atau dua kali saja dalam keadaan perlahan-lahan. Adunan ini boleh dimakan utk 1-2 orang.
Penyediaan bakwan ini tak lama ya, hanya 10 minit ja (dari mula penyediaan hingga siap menggoreng). Setelah masak, angkat bakwan dan toskan. Tadaaaaa….. Bakwan sayur versi keto siap untuk dinikmati! Selamat mencuba.