Bermain perkara yang paling digemari oleh anak-anak. Belajar sambil bermain perlu ada supaya anak-anak gembira dan seronok. Situasi ini menunjukkan anak-anak dapat belajar dalam situasi tidak formal. Anak-anak yang melalui proses pembelajaran sambil bermain akan dapat pengalaman yang menyeronokkan dan berada dalam situasi tidak formal. Mereka boleh menunjukkan kebolehan dan cuba meneroka sesuatu perkara dan belajar melalui pengalaman.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh digunakan oleh ibu bapa atau guru jika inginkan pembelajaran ‘bermain sambil belajar’. Terdapat permainan diy (do it your self) yang boleh dibeli untuk diberikan kepada anak-anak. Permainan diy ini boleh memberikan pengalaman baru dan aktiviti ini juga menyerupai aktiviti yang kelihatan sama seperti orang dewasa lakukan.
Contohnya aktiviti menjahit. Terdapat permainan diy menjahit untuk anak-anak. Dalam usia seawal 3 tahun anak anda sudah boleh belajar menjahit.Dalam set diy menjahit ini jarum yang diberikan dibuat daripada plastik dan tidak tajam. Walaubagaimana pun pantauan dan bimbingan daripada ibu bapa juga perlu ada jika anak-anak anda masih kecil.
Antara kelebihan belajar sambil bermain ialah:
- Boleh memenuhi keperluan ingin tahu dan mencuba
- Meningkatkan imaginasi dan kreativiti
- Meningkatkan kemahiran komunikasi dan berfikir
- Mengurangkan tekanan
- Sesetengah anak-anak atau pelajar boleh mengajar dan membantu kawan-kawan ketika bermain.
Untuk mendapatkan permainan ini, anda boleh membeli dari Shopee ataupun PG Mall. Walaupun aktiviti ini kelihatan mudah tetapi jika dilihat dari sudut pandang anak-anak, mereka belajar benda baru dan menarik. Pengalaman baru yang menyeronokkan boleh memberikan proses pembelajaran kepada mereka. Belajar sambil bermain perlu dilakukan untuk meningkatkan keseronokan pembelajaran.