Sebagai ibu bapa mesti anda teruja bila anak anda mula menconteng kertas dan mula belajar melukis. Kebiasaannya jika diberikan kertas dan pensil, mereka akan melukis perkara yang selalu dilihat setiap hari. Apakah yang mereka lihat setiap hari? Ya! Sudah tentulah anda dan pasangan anda.
Gambar yang dilukis biasanya sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu, bapa dan dirinya sendiri. Jika terdapat ahli keluarga yang lain seperti kakak, abang atau adik, sudah pasti mereka juga akan turut berada dalam gambar tersebut.
Di dalam gambar diatas menunjukkan suasana keluarga yang bahagia. Pasti sebagai ibu bapa, anda akan tersenyum melihatnya. Jangan harapkan lukisan yang sempurna dari anak anda. Jika mereka menunjukkan hasil lukisan mereka, berikan pujian dan galakan. Pasti mereka akan melukis lagi selepas ini. Selain itu, belikan juga keperluan dan peralatan melukis untuk mereka. Biasanya pensil, pemadam, krayon dan pensil warna adalah perkara asas untuk melukis dan mewarna. Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda.