Empat Kebaikan Pokok Hiasan Tiruan

by Hana Mardhiyah

Pada artikel kali ini, kita akan menyenaraikan empat kebaikan pokok hiasan tiruan. Terdapat banyak kebaikan menggunakan pokok, daun, dan bunga hiasan tiruan ini.

1. Malar Hijau

Salah satu kebaikan memilih pokok hiasan tiruan adalah jaminan untuk terus kekal segar pada masa yang panjang. Hal ini demikian kerana pokok hiasan tiruan adalah dibuat daripada material plastik yang berkualiti tinggi maka tiada risiko kerosakan, layu, atau kematian atas faktor keculasan dalam aspek penjagaan. Malah pokok hiasan ini akan sentiasa kelihatan segar dan menghijau walau dengan penjagaan yang minimal. Manakala bagi pokok hiasan hidup pastinya mempunyai jangka hayatnya yang tersendiri sebelum ia kemudiannya layu dan perlu diganti dengan pokok yang baru. Pokok hiasan tiruan pula tidak terkesan dengan musim, oleh itu sudah pasti ia adalah jauh lebih baik serta dapat menyelamatkan kita dari situasi di atas. Justeru, pemilihan pokok hiasan tiruan sebagai pilihan alternatif pastinya akan lebih memudahkan urusan anda.

2. Jimat

Memilih pokok hiasan tiruan sebagai dekorasi kediaman anda adalah lebih kos efektif. Penggunaan pokok hiasan segar memerlukan kos yang tinggi kerana pokok perlu diganti dalam satu tempoh yang singkat apabila pokok tidak lagi segar dan melangkaui tempoh jangka hayatnya. Berbanding dengan pokok hiasan tiruan yang mampu bertahan bertahun-tahun lamanya dengan kos penjagaan yang minimal. Ini seterusnya membuktikan pemilihan pokok hiasan tiruan adalah sebuah pelaburan yang menjimatkan dan kos efektif untuk hiasan dalaman ruangan anda.

3. Mudah Dijaga

Pokok hiasan tiruan adalah lebih mudah dijaga berbanding dengan pokok hidup yang perlu disiram, dibaja, di trimmed, dan diselenggara secara berkala. Bukan itu sahaja, anda perlu memastikan lokasi pokok yang diletakkan mempunyai pendedahan yang mencukupi kepada cahaya matahari agar tumbuhan hiasan tersebut hidup segar selain dari memastikan ia tidak diserang oleh haiwan perosak dan sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Hal ini berbeza dengan penjagaan pokok hiasan tiruan. Komitmen anda hanyalah kepada memastikan pokok hiasan dibersihkan daripada habuk secara berkala tanpa sebarang keperluan lain dalam aspek penyelenggaraan. Antara cara yang boleh anda lakukan adalah dengan hanya mengelap daun dan bahagian pokok tersebut menggunakan kain atau tisu basah dari semasa ke semasa.

4. Selamat

Dari aspek keselamatan, pemilihan pokok hiasan tiruan adalah merupakan alternatif terbaik terutama bagi anda yang alah kepada bunga hidup tetapi sukakan dekorasi bersifat alami di ruang kediaman anda. Bukan itu sahaja, bagi anda yang suka membela haiwan peliharaan atau mempunyai anak-anak kecil di rumah, pokok hiasan tiruan ini nyatanya lebih selamat berbanding dengan tumbuhan hiasan hidup. Terdapat berbagai jenis tumbuhan hiasan yang kelihatan cantik tetapi berpotensi membahayakan jika disentuh atau dimakan oleh kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Antara contoh tanaman hiasan tersebut ialah pokok Money Plant, bunga Nerium, keladi Caladium dan Anthurium. Pokok-pokok hiasan ini terlihat menarik tetapi mengandungi kandungan racun yang boleh mengakibatkan kesukaran untuk bernafas malah ada yang berisiko mengancam nyawa.

Pokok hiasan tiruan ternyata memiliki banyak sekali kelebihan dan menjadi alternatif pokok hiasan terbaik untuk dekorasi ruangan anda. Dapatkannya segera di kedai-kedai berhampiran dan hiasi kediaman serta tempat kerja anda dengan suasana alami dampakan dari pancaran kehijauan pokok hiasan tiruan ini.

Related Posts

Leave a Comment