Kenapa Planner Penting untuk Anda?

by admin

Bila nak masuk tahun baru, soalan lazim yang akan ditanya adalah “sudah siap ke planner tahun depan?” “apa plan korang tahun depan?” “dah siap marketing plan belum?” “apa business plan untuk syarikat anda next year?” Kenapa ya planner penting untuk anda? Mesti anda pun akan pening dengan soalan-soalan tersebut.

Jika anda sentiasa memiliki planner yang akan dilakukan, mesti jawapan anda simple dan boleh jawap dengan yakin iaitu “DAH!”. Tapi jika anda tidak pernah melakukannya, perkataan ‘PLANNER’ akan menjadi satu persoalan dalam fikiran anda. “Apa tu planner?” “Penting sangat ke planner tu?” “Weh, marketing plan tu macamana?” dan pelbagai lagi soalan lain yang bermain dalam pemikiran anda.

Mengapa planner penting dan sering menjadi topik perbualan?

1. Anda akan tahu matlamat anda.

Apa matlamat kerjaya anda? Apa matlamat ibadah harian anda? Apa target jualan anda? Berapa kg penurunan berat badan anda dalam setahun? Berapa target jualan anda tahun depan? Apa Langkah yang diperlukan untuk mencapai target jualan tersebut? Semua yang dinyatakan merupakan pertanyaan dan halatuju yang perlu dihadapi. Soalan-soalan ini nampak mudah, tapi adakah anda boleh menjawap segera apabila soalan ini diajukan kepada anda? Jika anda ada melakukan planner dan listkan apa yang akan anda buat, maka anda akan tahu matlamat yang akan anda lakukan pada hari yang mendatang.

2. Aktiviti harian anda lebih teratur dan tersusun.

Setiap hari selepas bangun tidur, anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan pada hari tersebut. Tak perlu lagi terfikir-fikir apa yang perlu dilakukan. Anda hanya perlu memastikan aktiviti yang anda lakukan itu dilakukan dengan sempurna dan mencapai objektif yang diinginkan.

3. Hargai masa dan waktu yang ada.

Pepatah melayu ada menyatakan masa itu emas. Masa yang berlalu tidak akan datang semula. Jadi hargailah masa yang ada. Bila kita ada planning yang teratur, maka setiap masa yang kita lalui itu akan berlalu dengan baik dan sempurna.

Terdapat pelbagai jenis planner yang ditawarkan di pasaran. Anda boleh mendapatkan secara digital atau pun secara traditional (guna kertas atau pun buku). Anda boleh pilih mengikut keselesaan anda. Tetapi jika dilihat daripada review orang ramai, yang menjadi pilihan adalah secara manual / traditional kerana mereka lebih suka menconteng atau menulis di dalam planner terus jika terdapat idea spontan terdetik dalam fikiran.

Kebiasaannya saiz planner yang sering dibeli adalah saiz B5, saiz ini tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Anda boleh bawa planner ini ke mana saja kerana saiz B5 boleh dimasukkan ke dalam handbeg, beg galas, ataupun file. Cuba amalkan setiap hari untuk membuka planner yang anda plan sebelum ini dan lihat adakah tindakan anda setiap hari mengikut apa yang telah dirancang. Jika ya, tahniah untuk diri anda! Tetapi jika tidak, nyatakan alasan anda dan cuba telusuri kembali mengapa anda tidak boleh mengikut rancangan anda seperti mana yang telah dirancangkan.

Related Posts

Leave a Comment