Klasifikasi Botanikal Kopi

by admin

Menjejaki warisan biologinya, kopi tergolong daripada sub-kerajaan tumbuhan yang dikenali secara saintifik sebagai Angiosperma, atau Angiospermae, yang bermaksud bahawa tumbuhan itu membiak melalui biji yang tertutup di dalam ovari bunga kopi, berbentuk petak seperti kotak, di bahagian pangkal bunga.

Pembahagian Kelas Biji Kopi

Kerajaan kecil ini dibahagikan kepada dua kelas Monocotyledoneæ dan Dicotyledoneæ. Asas pembahagian kelas ini ialah berdasarkan bilangan daun dalam tumbuhan kecil yang berkembang daripada biji benih. Oleh kerana tumbuhan ini berkembang melalui biji, pokok kopi mempunyai dua daun kecil, maka ia tergolong dalam kelas Dicotyledoneæ.

Kelas Dicotyledoneæ dipisahkan kepada sub-kelas pula sama ada kelopak bunga semuanya berada dalam satu bahagian, atau dibahagikan kepada beberapa bahagian. Kelopak bunga pokok kopi tersusun dalam satu bahagian membentuk susunan berbentuk tiub menjadikan tumbuhan kopi ini tergolong dalam sub-kelas Sympetalæ atau Metachlamydeæ, yang bermaksud kelopaknya bersatu.

Seterusnya di bawah sub-kelas ini disebut kategori. Tumbuhan kopi itu tergolong dalam kategori yang dikenali sebagai Rubiales. Kategori ini kemudiannya dibahagikan kepada beberapa keluarga. Kopi diletakkan dalam keluarga Rubiceæ. Ahli keluarga ini terkenal kerana kesannya terhadap sistem saraf oleh kerana kandungan kafein yang bertindak sebagai peransang (stimulant).

Di bawah keluarga Rubiales, tumbuhan kopi tergolong dalam genus Coffea dan sub-genus Eucoffea. Klasifikasi semasa genus Coffea ini terhasil daripada gabungan beberapa sub-genera dengan genera yang lain. Sub-genus Eucoffea ini terdiri dari perbagai spesis pokok kopi, antara yang terkenal adalah spesis Coffea Arabica, Coffea Robusta, dan Coffea Liberica.

Genus ini pertama kali diperkenalkan oleh Carolus Linneaus, seorang ahli botani Sweden pada abad ke-18. Ahli botani lain bagaimanapun tidak bersetuju dengan pandangan beliau dan masih membahas tentang klasifikasi yang lebih tepat untuk tanaman ini. Ini adalah wajar memandangkan klasifikasi tumbuhan kopi ini adalah sangat luas kerana di dalam genus Coffea ini terdapat lebih 500 genera dan 6,000 spesies pokok tropika dan pepohon renek, dengan saiz daun dari 1 hingga 40 sentimeter, dan dari ungu atau kuning, kepada hijau gelap yang dominan, dalam warna. Dianggarkan terdapat lebih 100 spesies tumbuhan kopi diseluruh dunia yang berjaya direkodkan setakat ini.

Rujukan:
1. https://pubs.rsc.org/en/content/chapterhtml/2019/bk9781782620044-00001
2. http://blog.italcoffee.com/botanical-classification-of-coffea-arabica/
3. https://www.academia.edu/43304492/DESKRIPSI_MORFOLOGI_ANATOMI_DAN_PERKEMBANGAN_KOPI_Coffea_sp
4. https://www.colonialcoffee.ca/whatiscoffee

Related Posts

Leave a Comment