Malaysia terkenal dengan pelbagai makanan yang lazat dan menarik. Bila plan untuk diet, biasanya ramai yang akan kecundang kerana tergoda dengan makanan. Terasa rugi jika tidak makan menyebabkan kita akan makan makanan tersebut wa;aupun perut masih kenyang.
Siapa tahu konjac itu apa? konjac bukan berasal dari malaysia. Tumbuhan ini asalnya berasal dari Jepun sejak 1500 tahun yang lalu dan di bawa ke China untuk komersial. Konjac mempunyai banyak manfaat dan kegunaan. Konjac sering digunakan dalam sajian makanan asas (karbohidrat) kerana konjac boleh digunakan sebagai pengganti nasi, mee, bihun dan lain-lain. Konjac mempunyai kandungan kalori yang rendah tetapi boleh mengenyangkan dan sedap untuk dimakan.
Konjac kaya dengan serat yang tinggi dan ia lebih popular dikalangan golongan yang ingin menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan. Konjac memiliki kandungan Glucomannan yang sangat tinggi dan boleh membantu penghadaman dalam perut. Selain itu pengguna akan kenyang dalam tempoh yang agak lama. Gucomannan juga membantu untuk mengawal gula dalam darah. Jika anda ingin menurunkan kadar gula dalam darah, anda boleh menggantikan nasi / mee / bihun dengan konjac.
Oleh itu jika anda bercadang untuk menjaga kesihatan anda, anda boleh segera menukarkan karbohidrat yang anda makan kepada konjac. Kesihatan anda sangat penting dan perlu diberi keutamaan.